Thursday, December 31, 2009

baek punyer ... ada berani??

Hidup di dunia ini sementara dan sekejap sahaja.

Kalau senang pun sementara dan sekejap.

Kalau susah pun sementara dan sekejap.

Akhirat pula kekal buat selama-lamanya.

*

Kalau senang ertinya mendapat syurga yang merupakan kebahagiaan hakiki yang tidak dapat dibayangkan.

*

Kalau susah pula ertinya neraka yang merupakan seksaan hakiki. Azabnya amat dahsyat yang tidak dapat dibandingkan dengan apa pun.

*

Api neraka bukan macam api lilin. Api lilin yang paling kecil pun tidak upaya siapa pun yang menahan kepanasannya.

*

Sedangkan seringan-ringan api neraka, berpijak atas baranya sahaja sudah mendidih otak di kepala.

*

Kalau memahami hakikat ini

janganlah memburu kesenangan yang sedikit di dunia ini, dan

janganlah kerana takutkan kesusahan yang sedikit di dunia ini,

hingga sanggup menderhakai Tuhan.

*

Kita tidak tahu apa sukatan Tuhan yang bersifat maknawiyah ke atas kita. Semoga dengan kekal rasa takut dan bimbang, maka Tuhan rahmati kita hingga di hari pertemuan denganNya.

*

Ada manusia yang Tuhan beri petunjuk dan pimpinanNya.

Dia berada dalam kebenaran dan kebaikan dari awal hingga akhir hidupnya.

*

Ada manusia yang di awal hidupnya dalam kesesatan.

Manakala di akhir hidupnya Tuhan beri petunjuk dan pimpinanNya dan berada dalam kebenaran.

*

Terdapat manusia yang di awal hidupnya dalam kebenaran tetapi di akhir hidupnya dalam kesesatan.

*

Terdapat pula manusia yang dari awal hingga akhir hidupnya dalam kesesatan.

*

Nasib kita belum tahu.

*

Allah swt ulang banyak kali dalam Al Quran dengan maksud, “Dan akhirat itu lebih baik dan kekal.”

*

Lebih baik yang Allah swt istilahkan itu tidak boleh difahamkan maksudnya menurut bahasa.

*

Lebih baik yang Allah swt maksudkan itu menurut pengertian Tuhan.

*

Kalau lebih baik itu disudut sedapnya rasa makanan, kelazatan di akhirat nanti tidak dapat dibayangkan, malah rasa lazat itu kekal hingga beribu tahun. Hingga kelazatan makanan itu berlapis dan bertindih.

*

Ini belum lagi digabungkan dengan kelazatan dari sumber yang tidak terbatas banyaknya.

*

Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah. SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah. Jangan lupa, leka, lalai bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.


Ini adalah antara cara asas untuk mendapat kekuatan iman.

Ini juga antara cara agar lebih khusyuk dalam ibadah.

Ini juga antara cara agar dapat hindari maksiat.


LATIHlah hati supaya selalu berkata , “Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.


“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.


.


dengan izin AR

.

.